Monday 2 March 2015

Khasiat Double Stemcell

Rahsia Keremajaan Kulit – Cara Semula Jadi Untuk Melambatkan Proses Penuaan
Seiring usia, jumlah pertumbuhan sel-sel turut merosot, membawa kepada proses penuaan kulit. Sel-sel stem epidermis yang diperlukan untuk menghasilkan lapisan kulit baru yang sihat akan berkurangan dan fungsinya juga turut menjadi lemah. Sel-sel stem adalah unit asas yang memainkan peranan penting dalam pembaharuan dan pertumbuhan semula sel, namun ia akan merosot seiring peningkatan masa. Mujurlah ada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang bertindak sebagai sumber "sel universal" bagi meningkatkan ketahanan sel-sel stem kulit kita, memperbaharui sel-sel terpendam, memperbaiki kerosakan, dan menghasilkan semula sel-sel sihat. Ia juga melindungi daripada sinaran ultraungu yang berbahaya, pengoksidaan, dan tekanan persekitaran.
Para saintis dari Mibelle Biochemistry mendapati bahawa ekstrak unik yang terhasil daripada sel-sel pokok epal yang jarang ditemui, yang ditanam kerana keupayaannya untuk bertahan lama, menunjukkan kebolehan luar biasa dalam meremajakan kulit. Dengan merangsang sel-sel stem pada kulit yang mengalami penuaan, ekstrak tumbuhan ini telah terbukti dapat mengurangkan kedutan yang hodoh. Ujian klinikal menunjukkan bahawa rumusan khusus ini dapat meningkatkan jangka hayat sel-sel kulit, menjadikan kulit nampak lebih muda dan berseri.

Serbuk Double Stem Cell PhytoScience, adalah campuran enak daripada ekstrak sel stem yang terkenal - PhytoCellTec™ Malus Domestica (Sel Stem Epal) dan PhytoCellTec™ Solar Vitis (Sel Stem Anggur), diperkaya dengan pelbagai khasiat terkemuka - Euterpe Oleracea (Acai Beri) dan Vaccinium Myrtilus (Beri Biru), dirumuskan secara eksklusif oleh Mibelle Biochemistry bagi membantu mengawal dan melambatkan proses penuaan.
  • 100% semula jadi
  • Rumusan kualiti Swiss
  • Anugerah bahan aktif terbaik 2008
  • Kandungan yang dipatenkan (US2008/0299092A1)
  • Bebas GMO
  • Terbukti berkesan secara klinikal



Peranan Sel Stem Pada Kulit

Lapisan basal (yang paling dalam) pada lapisan epidermis kulit terdiri daripada dua jenis sel asas: (1) sel-sel stem epidermis yang bergerak secara perlahan-lahan menuju ke atas (yang mewakili kira-kira 2-7% jumlah sel basal) dan (2) lapisan sel yang terus bercambah dan membekalkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang luruh atau mati.
Proses pembaharuan sel-sel stem epidermis yang agak perlahan, walau bagaimanapun, akan menimbulkan masalah. Setiap sel stem epidermis hanya boleh kekal sehingga beberapa peringkat percambahan, dan disebabkan setiap bahagian terdedah kepada risiko mutasi DNA yang boleh mematikan sel, populasi sel stem epidermis menjadi semakin susut. Apabila ini berlaku, sel-sel kulit yang luruh atau mati mula melebihi jumlah sel yang baru, maka kesihatan dan struktur kulit mula merosot. Jadi apa yang boleh dilakukan? Ahli-ahli sains beralih kepada tumbuhan untuk mendapatkan jawapannya.
Tumbuhan juga mempunyai sel stem. Seperti manusia, sel-sel stem tumbuhan bergantung kepada kawalan epigenetik dan isyarat di sekeliling sel untuk berkembang. Bagaimanapun, berbeza dengan manusia, setiap sel stem tumbuhan yang matang mempunyai keupayaan untuk menghasilkan tumbuhan baru. Para saintis di Mibelle Biochemistry telah menemui satu cara untuk memanfaatkan kekuatan sel stem tumbuhan, iaitu dengan menanam tisu tumbuhan dalam kultur.
Manfaat Sel Stem Dalam Menangani Penuaan & Kerosakan Kulit
  • Kajian intensif terhadap sel-sel stem menunjukkan ia berpotensi besar dalam memperbaiki tisu dan organ yang rosak.
  • Sel stem berkemampuan untuk membiakkan diri dan berubah menjadi sel-sel yang berbeza.
  • Sel stem epidermis adalah penting bagi memperbaharui sel-sel kulit yang luruh secara berterusan. Apabila sel-sel stem epidermis berkurangan, bilangan sel-sel kulit yang luruh atau mati akan melebihi pengeluaran sel-sel baru, seterusnya memberikan kesan kepada kesihatan dan struktur kulit.
  • Ekstrak PhytoCellTec™ Malus Domestica yang dipatenkan, terbukti dapat merangsang percambahan sel stem manusia, melindunginya daripada sinaran ultraungu (UV) yang boleh merosakkan sel, serta mengurangkan kesan penuaan akibat perubahan dalam genetik sel.
  • Kajian melibatkan manusia menunjukkan bahawa penggunaan PhytoCellTec™ Malus Domestica secara sapuan akan mengurangkan kedutan pada bawah mata atau antara kedua mata selepas hanya dua minggu penggunaannya.

Kandungan Aktif:

PhytoCellTec™ Malus Domestica

PhytoCellTec™ Malus Domestica – adalah sel stem aktif tumbuhan yang pertama digunakan untuk melindungi sel stem kulit, dan telah terbukti keberkesanannya.

PhytoCellTec™ Malus Domestica adalah penyediaan liposomal sel stem epal, dihasilkan menggunakan revolusi teknologi kultur sel tumbuhan yang masih dalam proses untuk dipatenkan - PhytoCellTec™, satu teknologi kultur sel tumbuhan terkini oleh Mibelle Biochemistry untuk membiakkan sel-sel kalus daripada sejenis epal Swiss yang jarang ditemui - Uttwiler Spätlauber. Sel stem epal ini kaya dengan faktosa epigenetik dan metabolit, yang dapat memanjangkan jangka hayat sel kulit. PhytoCellTec™ Malus Domestica terbukti dapat melindungi sel stem kulit dan melambatkan penuaan folikel rambut. PhytoCellTec™ Malus Domestica menghasilkan revolusi prestasi antipenuaan untuk keremajaan semula.
  • Melindungi jangka hayat sel stem kulit
  • Melambatkan penuaan sel-sel penting
  • Melawan kronologi penuaan
  • Penerima anugerah (Hadiah inovasi BSB untuk bahan aktif terbaik 2008)

PhytoCellTec™ Solar Vitis/Vitis Vinifera

PhytoCellTec™ Solar Vitis berasal daripada sel stem anggur Gamay Teinturier Fréaux dari Burgundy, yang dikategorikan mempunyai kandungan polifenol yang sangat tinggi bagi perlindungan UV. Ia diperoleh melalui teknologi unik PhytoCellTec™ dari Mibelle Biochemistry. Seperti yang kita tahu, 80% penyebab penuaan kulit berpunca daripada radiasi UV. Walaupun menggunakan bahan pelindung matahari, UV tetap akan menghasilkan toksin dan radikal bebas pada kulit. Ini akan memberikan kesan kepada sel-sel yang sensitif, seperti sel-sel stem epidermis yang sememangnya sangat penting dan berharga. Aktiviti sel-sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan ketahanan dan keupayaan penjanaan semula kulit. PhytoCellTec™ Solar Vitis akan melindungi dan mengekalkan aktiviti sel-sel stem epidermis - walaupun dalam kes-kes tekanan yang dicetuskan oleh UV.
  • Melindungi sel-sel stem epidermis kulit daripada tekanan UV
  • Melambatkan penuaan sel-sel penting
  • Melawan penuaan akibat dedahan berterusan kepada UV
  • Menghasilkan kulit yang sihat dan berseri

Acai Beri

Acai beri adalah sumber yang kaya dengan sebatian antioksidan, terutamanya antosianin dan asid lemak Omega 3. Acai juga merupakan penyumbang nutrien terbesar serta mempunyai komposisi asid amino lengkap bersama sumber mineral berharga dan mikronutrien yang banyak. Acai mempunyai keupayaan untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan tisu sel normal. Antioksidan yang berkesan ini akan dapat membantu mempertahankan tubuh daripada tekanan hidup.
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Menggalakkan kesihatan kulit
  • Membantu merawat masalah pencernaan
  • Memperbaiki kesihatan sel
  • Meningkatkan sistem imun
  • Antipenuaan
  • Meningkatkan tenaga
  • Memperbaiki peredsaran darah
  • Meningkatkan fungsi mental
  • Meneutralkan radikal bebas

BERI BIRU

Kaya dengan pelbagai antioksidan seperti antosianin, proanthocyanidins, resveratrol, flanonols, pterostilbene, kaempferol dan tanin.
  • Meningkatkan sistem imun
  • Meneutralkan radikal bebas
  • Membantu mengurangkan lemak di perut
  • Menggalakkan kesihatan salur kencing
  • Mengoptimumkan penglihatan
  • Merangsang kesihatan otak
  • Memperbaiki kesihatan jantung
  • Membantu mengatasi sembelit & masalah penghadaman

Cadangan Pengambilan

Pagi - 1 paket diletakkan di bawah lidah 
Malam – 1 paket diletakkan di bawah lidah 
(Sebaik-baiknya diambil ketika perut masih kosong & banyakkan minum air)

Kandungan

Campuran serbuk Malus Domestica, Solar Vitis, Acai Beri, Beri Biru
14 paket (1.2 g setiap satu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...