Pelembap Triple Stemcell H2o


Kecantikan……Di Mana-mana Sahaja

Mengekalkan kecantikan dalam kehidupan anda hanya memerlukan sedikit dedikasi dan usaha yang berterusan. Phyto Science mengambil berat tentang kecantikan dalaman dan fizikal anda. Anda akan berasa gembira apabila kelihatan cantik. Pelembap TRiple Stemcell™ H2o kami adalah langkah pertama untuk memulai rejim kecantikan harian anda.
Pelembap adalah sumber makanan kulit yang mujarab untuk menyuburkan sel-sel dan hidrat kulit. Ia adalah elemen utama yang diperlukan untuk warna kulit yang cerah dan licin. Kita bersyukur kepada kuasa sains PhytoCellTecStem Cell Mibelle Biochemistry yang telah menyepadukan 4 jenis sel induk aktif ke dalam pelembap yang hebat untuk menyampaikan nutrien kepada sel-sel yang jauh ke dalam kulit. Pelembap TRiple stemcell™ H2o kami bukan sahaja inovatif tetapi meningkatkan vitaliti sel induk kulit anda - menggiatkan dan menjana semula daya hidup kulit yang terdedah kepada persekitaran buruk dengan cara semula jadi.
Pelembap Tiiple Stemcell™ H2o adalah pelembap tahap tinggi yang menerapkan kulit anda dengan takungan air tulen untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari dan memperlihatkan kulit yang sihat. Gel ini bertindak seperti rangkaian air untuk memberikan kesegaran segera sebaik sahaja ia digunakan. Ia juga membebaskan bahan sel induk kerana ia diformulakan untuk keberkesanan bertetulang sepanjang hari, membuatkan kulit anda berseri dan kelihatan muda. Ia direka khas untuk membuat lapisan luar kulit (epidermis) lebih lembut, lebih anjal dan meningkatkan penghidratan kulit dengan mengurangkan penyejatan.

Faedah dan rawatan Pelembap TRiple Stemcell™ H20:

  • Memperbaiki dan mengecas semula sel
  • Komponen antioksidan yang baik
  • Kesan anti-radikal bebas dan anti-penuaan
  • Lindungan sinaran UV dan penghidratan
  • Mengimbangi nilai pH pada bahagian muka
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan
  • Melegakan, penghidratan, memulihkan, penyuburan dan penganjalan
  • Mengembalikan vitaliti dan menjana semula permukaan kulit secara semula jadi
  • Mencerahkan kulit kusam dan mengekalkan tekstur kulit yang baik
  • Kulit lebih sihat, lebih muda dan berseri
  • Menghapuskan garisan halus dan mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan pembentukan bintik penuaan
  • Ejen pelembap dan penganjal kulit
  • Tindakan pemutihan pada kulit

Ramuan Aktif Pelembap TRiple Stemcell™ H2o :

Symphytum stem cell, Argan stem cell, SaponariaPumila (Nunatak) stem cell, OpuntiaFicus (Aqua Cacteen) stem cell

Symphytum Stem Cell


Symphytum adalah sejenis tumbuhan berbunga saka. Ia telah digunakan dalam perubatan tradisional Austria secara dalaman (sebagai teh atau tinktur) atau secara luaran (sebagai salap, mampatan atau alkohol) untuk rawatan gangguan sistem pergerakan dan saluran gastrousus. Daun dan batangnya juga telah digunakan untuk merawat gangguan yang sama, dan tambahan juga untuk rawatan penyakit sendi, gout, osteoporosis, kecederaan, keradangan tulang, kanser tulang, sarcomas, tulang rawan, keretakan tengkorak, lebam pada tendon dan tulang, terseliuh dan kecederaan akibat otot tergeliat.

Argan Stem Cell


Argan merupakan genus tumbuhan berbunga. PhytoCellTec™ Argan yang dibangunkan oleh Mibelle Biochemistry merupakan bahan yang pertama kali terbukti mempunyai kesan perlindungan dan mengaktifkan daya hidup sel-sel induk dermis sebenar. Rumusan khas Argan Stem Cell ini terdiri daripada bahan aktif generasi baru, memperjuangkan terapi anti-penuaan. Disebabkan sel-sel induk dermis menentukan keanjalan kulit, maka ia dapat memulihkan keremajaan kulit. Ia bergabung dengan bahan aktif anti-penuaan yang lain, berkesan untuk meningkatkan keanjalan kulit, merangsang pertumbuhan semula tisu penghubung kulit, sekali gus meningkatkan ketumpatan kulit, mengurangkan kedutan di bahagian ekor mata secara ketara.

SaponariaPumila (Nunatak) Stem Cell


Pada zaman air batu yang lepas, seluruh Switzerland telah ditutup oleh ais. Keadaan iklim ini telah membawa ancaman kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sesungguhnya, kebanyakan tumbuhan tidak dapat terus hidup dalam iklim yang teruk ini. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil spesies tumbuhan telah berjaya melepaskan diri daripada ais dengan berpindah ke puncak batuan terpencil yang membonjol di atas sebuah lembaran ais dan tidak pernah mengalami kesan glasier yang digelar Nunatak. Daripada tumbuhan yang memaparkan ciri-ciri hidup yang tunggak ini, Mibelle Biochemistry PhytoCellTec telah berjaya menghasilkan sel induknya. Ekstrak sel-sel induk dapat melindungi sel-sel induk kulit manusia terhadap sinaran UV. Ia juga berfungsi sebagai penghidratan yang baik, mengecas semula sel dan pelembap yang mencerahkan kulit.

OpuntiaFicus (Aqua Cacteen) Sel Stem


Aqua Cacteen adalah sejenis penawar ultra-halus daripada kaktus organik. Ia menghalang pelepasan penanda tekanan daripada sel-sel saraf deria di dalam kulit dan bertindak menenangkan kulit yang sensitif. Ia juga mempunyai ciri-ciri penghidratan yang sangat baik akibat kandungan sebatian mengikat air yang tinggi. Kajian klinikal yang dijalankan ke atas kedua-dua wanita dan lelaki menunjukkan Aqua Cacteen merupakan sejenis bahan yang sangat menenangkan dan menegangkan. Selain itu, ia didapati sangat hidrat walaupun digunakan dalam produk membilas. Faedahnya termasuk melegakan dan menenangkan kulit sensitif, hidrat, pemantap, pelembap dan menegangkan kulit.

Sesuai untuk:

  • Orang-orang yang sibuk pada semua peringkat umur
  • Kebanyakan jenis kulit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...